Pada 15 November 2008 yang lepas, kami amat berbesar hati di atas kesudian YB ADUN Kawasan Kuala Kubu Bharu iaitu En Wong Koon Mun di atas kesudian beliau merasmikan KELAB USAHAWAN SOSIAL PID RASA dan PROGRAM TAJAAN PELAJAR SESSI 2008.
Majlis ini pada asalnya telah dirancang pada 23 November 2008 (Hari terakhir program minggu keusahawanan) tetapi terpaksa di awalkan kerana jadual aktiviti YB yang agak sibuk. Walaubagaimanapun, kami amat berbangga dan berterima kasih kerana YB tetap berusaha untuk merealisasikan majlis perasmian ini dan beliau sendiri yang mencadangkan tarikh tersebut, sekaligus menjadi program kick-off GEW kami.
Dalam ucapan beliau, YB amat mengalu-alukan kewujudan KUSPID RASA dalam merebut peluang perniagaan yang terbuka luas disamping menggalakkan penduduk setempat agar menggunakan kemudahan internet yang telah disediakan oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya.
Secara peribadi, YB sendiri terlibat dengan pelbagai urusan perniagaan yang banyak dilakukan secara online disamping menguruskan laman blog beliau sendiri iaitu http://wongkoonmun.blogspot.com/.
Dalam ucapan beliau, para penduduk setempat juga digalakkan untuk membina blog sendiri mengikut keperluan dan minat masing-masing supaya ilmu ICT dan komputer dapat diperkembangkan seterusnya dikongsi dengan masyarakat tempatan yang lain. Beliau turut menekankan tentang 'local content' yang amat bernilai untuk dikongsi dengan dunia luar. Pembangunan laman web dan blog dengan 'local content' secara tidak langsung dapat mengangkat nama sesebuah daerah atau kawasan luar bandar.
Beliau turut membidas 'mind set' kebanyakan kita yang menjadikan sesebuah projek atau bangunan pejabat sebagai sebuah simbolik semata-mata tanpa memberi kemanfaatan kepada rakyat. Beliau berharap kewujudan KUSPID dan PID itu sendiri bukan diwujudkan semata-mata kerana mengikut trend antarabangsa tetapi sebaliknya program-program ini benar-benar memberi faedah kepada rakyat dan melaksanakan program yang benar-benar relevan dengan keperluan rakyat.
Berikut adalah di antara gambar-gambar yang dirakam sepanjang program perasmian tersebut.










Akan datang, entry dan gambar-gambar YB di dalam PID sambil melayari blog beliau.
.
0 comments:
Post a Comment