Wednesday, July 8, 2009

TRAINING E-SERVICES

Gambar-gambar sekitar latihan e-services yang kami adakan pada 10, 11, 20 & 27 Jun dan 6 & 7 Julai 2009. Terima kasih kepada para peserta yang sudi hadir dan menimba ilmu ICT. Tak lupa juga kepada warga kerja Warisan Global dan rakan-rakan PID yang banyak berkongsi informasi dan bertukar-tukar pendapat dalam melaksanakan tugasan ini.

Diharapkan, ilmu ini dapat diperkembangkan lagi dan memberi manfaat yang optimum kepada komuniti.



Kak Gayah yang begitu teruja dengan segmen e-kedai.



Puan Napiza memang sentiasa 'available' utk sebaranga ktiviti ICT yang PID Rasa anjurkan. Syabas kerana beliau kini semakin celik IT.



Proses pendaftaran.



Pakcik Shukry pengusaha jem mulberi. Sedap jem nya....




Dok kecoh apa lagitu...




Pakcik Shukry - sambil2 memantau website jem mulberi nampaknya :P




Para pelajar juga tak ketinggalan.



Nathia sedang cuba log-in. Sabar ye dik.. komputer kat PID ni memang hazab sikit. Hehehe.. byk kali cuba akhirnya berjaya jugak...



Hilmi dan Fozan di belakang tu dah boleh log-in ker? Thila kat sebelah tu nampak cool... dah faham la tu agaknya.



Cikgu Rehan sedang membantu Naszuana. Tekun dan teliti budakni. Semua yang kita cakap dia akan catat dalam buku nota kecik.



Wednesday, November 19, 2008

KURSUS PENTERNAKAN CACING KOMPOS


KURSUS PENTERNAKAN CACING KOMPOS


TARIKH : 24 NOV 2008

MASA : 4.15 PTG

TEMPAT : PUSAT INTERNET DESA RASA


DIANJURKAN OLEH KELAB USAHAWAN SOSIAL PID RASA.




  • Kursus akan disampaikan oleh En Mat Isa Bin Marzuki.
  • Kursus adalah PERCUMA, terbuka kepada sesiapa yang BENAR-BENAR berminat untuk memulakan projek penternakan cacing secara kecil-kecilan.
  • Projek ini akan diselenggarakan oleh Kelab Usahawan PID Rasa dan En Mat Isa akan menjadi mentor dalam memastikan projek ini berjalan lancar.
  • Peserta boleh berbincang terus tentang harga dan kos permulaan projek dengan En Mat Isa yang akan menjadi pembekal dan peraih.
  • Para peserta yang mengambil bahagian dalam projek ini akan menjadi ahli Kelab Usahawan Sosial PID Rasa secara otomatik – oleh itu anda berpeluang menggunakan kemudahan yang tersedia di PID RASA pada kos yang minimum.
  • Setiap hari Rabu, anda berpeluang menggunakan kemudahan komputer dan internet TANPA HAD dan PERCUMA.
  • Anda bebas untuk mengadakan perbincangan bersama penternek-penternak lain dan menggunakan PID sebagai lokasi mesyuarat pada setiap hari Rabu.


OBJEKTIF PROJEK :

· Menggalakkan aktiviti keusahawanan sebagai satu cabang sumber pendapatan sampingan.

· menggalakkan generasi muda untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian dan penternakan.

· Menggalakkan komunikasi dan perbincangan dalam komuniti ke arah perkongsian ilmu dan informasi.

SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENGHUBUNGI PID RASA

DI TALIAN 03 – 60574104 ATAU DATANG TERUS KE PID RASA UNTUK MENDAFTAR.


.

GEW - HARI PERTAMA



Tak banyak aktiviti yang dapt kami lakukan memandangkan hujan yang turun dari pagi hingga ke petang. Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam pada hari pertama GEW.


Para pelajar yang mengambil bahagian dalam kursus asas membangun laman blog.


Saya lah tu...sedang mengajar bagaimana nk upload gambar ke internet.


Melihat-lihat pameran keusahawanan.




Bergambar ramai-ramai.

.


YB YANG MESRA IT

**Lanjutan dari Kunjungan YB Tuan Wong Koon Mun pada majlis perasmian KUSPID Rasa baru-baru ini.**


Kami semua berasa kagum dengan kesungguhan YB Wong Koon Mun membangun laman blog beliau sendiri dalam usaha untuk merapatkan perhubungan dengan penduduk tempatan pelbagai kaum.

Antara lain, tujuan beliau membangun laman blog tersebut adalah sebagai sumber rujukan pihak wartawan tempatan khususnya akhbar Sinar Harian, untuk mengambil informasi tentang aktiviti yang beliau jalankan di sekitar Daerah Hulu Selangor ini.

Blog beliau ditulis dalam 2 bahasa iaitu Bahasa melayu dan Bahasa Mandarin untuk membolehkan pelbagai lapisan masyarakat membaca blog beliau.

Paling mengagumkan, di sebalik jadual harian beliau sebagai ahli politik yang sibuk, semua entry di dalam blog ini dibuat sendiri tanpa menggunakan khidmat pembantu. Kata beliau, "saya lebih tahu apa yang ingin saya sampaikan kepada rakyat..."


Ha..inilah blog saya...


Yang ini sewaktu saya merasmikan .....


Kenapa komputer di sini slow sangat ni...
Hehehehe..maaflah YB, buat masa ini, ini jerlah yang mampu kami tawarkan kepada penduduk setempat..


Nanti buat surat proposal, tengok kalau saya boleh beri sumbangan utk upgrade komputer di sini...


Memberi pesanan terakhir sebelum meninggalkan majlis.

Terima Kasih YB!

.


Tuesday, November 18, 2008

MAJLIS PERASMIAN KUSPID RASA

Gambar beramai-ramai sementara menunggu ketibaan YB

***************

Pada 15 November 2008 yang lepas, kami amat berbesar hati di atas kesudian YB ADUN Kawasan Kuala Kubu Bharu iaitu En Wong Koon Mun di atas kesudian beliau merasmikan KELAB USAHAWAN SOSIAL PID RASA dan PROGRAM TAJAAN PELAJAR SESSI 2008.

Majlis ini pada asalnya telah dirancang pada 23 November 2008 (Hari terakhir program minggu keusahawanan) tetapi terpaksa di awalkan kerana jadual aktiviti YB yang agak sibuk. Walaubagaimanapun, kami amat berbangga dan berterima kasih kerana YB tetap berusaha untuk merealisasikan majlis perasmian ini dan beliau sendiri yang mencadangkan tarikh tersebut, sekaligus menjadi program kick-off GEW kami.

Dalam ucapan beliau, YB amat mengalu-alukan kewujudan KUSPID RASA dalam merebut peluang perniagaan yang terbuka luas disamping menggalakkan penduduk setempat agar menggunakan kemudahan internet yang telah disediakan oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya.

Secara peribadi, YB sendiri terlibat dengan pelbagai urusan perniagaan yang banyak dilakukan secara online disamping menguruskan laman blog beliau sendiri iaitu http://wongkoonmun.blogspot.com/.

Dalam ucapan beliau, para penduduk setempat juga digalakkan untuk membina blog sendiri mengikut keperluan dan minat masing-masing supaya ilmu ICT dan komputer dapat diperkembangkan seterusnya dikongsi dengan masyarakat tempatan yang lain. Beliau turut menekankan tentang 'local content' yang amat bernilai untuk dikongsi dengan dunia luar. Pembangunan laman web dan blog dengan 'local content' secara tidak langsung dapat mengangkat nama sesebuah daerah atau kawasan luar bandar.

Beliau turut membidas 'mind set' kebanyakan kita yang menjadikan sesebuah projek atau bangunan pejabat sebagai sebuah simbolik semata-mata tanpa memberi kemanfaatan kepada rakyat. Beliau berharap kewujudan KUSPID dan PID itu sendiri bukan diwujudkan semata-mata kerana mengikut trend antarabangsa tetapi sebaliknya program-program ini benar-benar memberi faedah kepada rakyat dan melaksanakan program yang benar-benar relevan dengan keperluan rakyat.

Berikut adalah di antara gambar-gambar yang dirakam sepanjang program perasmian tersebut.


Pengerusi PID Rasa - En Adnan sedang menyampaikan ucapan.


YB Tuan Wong Koon Mun, sedang mencatat sesuatu sambil mendengar ucapan pengerusi PID.


Wakil-wakil penduduk setempat pelbagai kaum turut hadir memeriahkan majlis.


Para tetamu yang memeriahkan majlis.

YB Tuan Wong Koon Mun sedang menyampaikan ucaptama serta merasmikan majlis.


Ms Mary Wong Wai - menerima cenderamata dari PID mewakili warga emas.


En Ridzuan selaku Penasihat I menerima cenderamata.


En Tahir selaku AJK Sekretariat Pendidikan menerima cenderahati.


YB sedang meramah mesra dengan penduduk sambil menikmati jamuan.

Para AJK merakam gambar kenangan bersama YB. Besarnya penyelia...separuh jer masuk badannya! Hahaha...


Akan datang, entry dan gambar-gambar YB di dalam PID sambil melayari blog beliau.

.

Thursday, November 13, 2008

GLOBAL ENTREPRENEURSHIP WEEK 2008

PID Rasa akan menganjurkan Minggu Keusahawanan Setempat bersempena dengan sambutan minggu kesahawanan sedunia yang akan berlangsung dari 17 - 23 November 2008. Pelbagai aktiviti keusahawanan dan kursus berkaitan komputer dan internet akan diadakan sepanjang minggu tersebut.

Para penduduk di sekitar Daerah Hulu Selangor adalah dijemput untuk datang ke PID Rasa dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik yang bakal dianjurkan. Semua aktiviti dianjurkan secara PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami di PID Rasa di talian 03-60574104 (waktu pejabat shj) atau datang terus ke PID.

Berikut adalah antara aktiviti yang bakal diadakan.

1. Bengkel membina blog.
2. Bengkel FLICKR.
3. Slot perkongsian ilmu dan keusahawanan dari ahli-ahli KUS sedia ada.
4. Pengenalan kepada urusniaga secara online.
5. Majlis perasmian Kelab Usahawan PID Rasa & Program Tajaan Pelajar 2008
6. Aktiviti mengenal desa
7. Lawatan ke Ladang Cendawan Puan Zainon Ariffin pada 21 Nov 2008 (10 pagi)
8. Tayangan video dan DST

Kami juga mengadakan pameran keusahawanan dan aktiviti-aktiviti PID yang telah dijalankan untuk sepanjang tahun 2008.

.

Wednesday, October 15, 2008

MENGENAL KOMUNITI

Aktiviti mengenal komuniti ni dah lama kami jalankan. Tapi saya asyik terlupa nk upload gambarnya kesini. Saya selitkan aktiviti ini dalam kelas dewasa. Sebabnya, susah sangat saya nk kumpulkan orang-orang kuat PID Rasa yg sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan lain.

Audien saya waktu ni kebanyakannya bukan melayu. Mereka terdiri daripada golongan wanita yg agak kurang ilmu IT tetapi bersemangat tinggi nk belajar. Jadi, saya cuba gunakan method yang paling mudah dan mengelakkan penggunaan 'jargon' words supaya mereka faham apa yg saya dan Hazira cuba sampaikan. Itu pon saya nampak mereka lebih banyak ternganga. Aduhh...entah mereka faham atau tidak.


Ada yg bawak anak, ada yg datang denagn seluar pendek mcm nk pegi pasar. Hehehe... begitulah adat nya kalau bekerja dengan masyarakat desa. Terimalah mereka seadanya...



Sedaya upaya saya cuba sampaikan mesej aktiviti ini kepada mereka.



Nampak mcm khusyuk mendengar kan...


Tapi bila saya minta mereka lekatkan 'entity' yg digambarkan melalui bulatan-bulatan kecil pelbagai saiz dan warna, tak ada sesiapapon yg berani tampil. Maka..saya terpaksa mulakan dulu...



Ohh...akhirnya Puan See Choy Pua ni faham apa yg saya cuba sampaikan. Saya minta dia lekatkan entity SEKOLAH. Sejauh mana besarnya impak pengaruh SEKOLAH kepada PID. Dan dia mampu menghuraikan rasional jawapan yang dipilih.


Inilah kami semua... Pelajar kelas saya untuk sidang pagi, hari Rabu.

.

Thursday, August 28, 2008

KURSUS TEORI DAN AMALI PENTERNAKAN CACING

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR BENGKEL PENTERNAKAN CACING KOMPAS YANG DI ADAKAN PADA 3 OGOS 2008 DI DEWAN TAMAN RASA UTAMA.

Kursus ini dianjurkan oleh En. Mat Isa dengan kerjasama Kelab Usahawan PID Rasa.


Antara para peserta yang hadir


Penceramah


**********************************************************************

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR SESSI AMALI

Najis lembu yang merupakan salah satu bahan utama dalam penyediaan medium ternakan cacing kompas.





Serbuk kayu - bahan campuran dalam penyediaan medium.




Serbuk kayu perlu ditapis untuk mendapatkan serbuk yang halus agar mudah digaul.



Serbuk kayu dan najis lembu yang telah digaul.



Cecair khas yang digunakan untuk proses menggaul.





Najis lembu yang telah siap digaul bersama serbuk kayu dan cecair khas.



Batang pokok pisang dan kulit telur adalah antara bahan makanan cacing



Campuran medium yang telah sedia untuk ternakan. Bekas plastik seperti ini juga boleh digunakan untuk menternak cacing.




Medium dan cacing kompas.




Telur cacing.




Cacing yang ingin di tuai perlu diasingkan daripada medium.




Cacing yang telah sedia untuk dijual.



Hubungi PID Rasa untuk sebarang maklumat lanjut.

Artikel penuh berkenaan penternakan cacing kompas juga boleh diperolehi di laman web rasmi PID RASA di : http://rasa.pid.net.my/



Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli buku di atas pada harga RM 48 (termasuk pos) sila hubungi kami segera.


>>>>>>>> Akan datang... PENTERNAKAN IKAN KELI CANVAS......


.

Wednesday, July 30, 2008

KURSUS PENTERNAKAN CACING

PEMBERITAHUAN

KELAB USAHAWAN PID RASA dengan usahasama En. Isa (salah seorang ahli kelab) akan menganjurkan kursus internsif penternakan cacing pada tarikh dan waktu berikut :

Tarikh : 3 Ogos 2008
Waktu : 8.30 pagi - 5.30 ptg
Lokasi : Dewan Orang Ramai Tmn Rasa Utama
Yuran : RM 250 (Termasuk kit nota dan makan-minum)

Hubungi PID Rasa di 03-60574104 atau datang terus ke dewan pada hari tersebut.


Rebutlah peluang keemasan untuk menjana pendapatan sampingan yg lumayan di rumah. Pelajari teknik penternakan cacing yang amat berpotensi pada kos yang murah dan mudah.

SEKARANG BUKAN ZAMAN MALU, SEKARANG ZAMAN PERLU.

Saturday, June 14, 2008

PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI)

Kalau minggu lepas kami berkampung di Dewan Taman Rasa Utama, minggu ni pulak kami bertandang ke Kuala Kubu Bharu untuk program yang sama. Bezanya, peringkat daerah pastinya lebih meriah dan ahli-ahli Wi yang datang pon lebih ramai. Alhamdulillah, cuaca pon baik. Dah tengahari sikit barulah hujan.

klik pada gambar untuk enlarged version


Sekitar majlis perasmian dan penyampaian hadiah.



Kos sewaan gerai hanya RM10. OK lah kan... Termasuk PID Rasa, ada 4 buah gerai lagi yang turut berniaga. 3 daripadanya menjual makanan dan produk tempatan dan sebuah gerai lagi mempromosi produk insurans.


Booth PID Rasa



Produk tempatan


Selain mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan, WI turut menganjurkan pertandingan memasak dan menggubah untuk ahli-ahlinya. Kreatif betul!


Yang menang nombor 1 dan 2 tu... sepupu suami saya taww! hehe...cantikkan?



Banyak sangat..dan semuanya cantik2! Saya dah lupa mana satu pemenangnya...



Yang ini pon sama. Maaf, saya tak dapat nk kenalpasti pemenangnya...


Setinggi-tinggi terima kasih untuk Puan Rogayah kerana memberi peluang kepada PID untuk turut sama memeriahkan majlis tersebut. Bila dah berjumpa dgn kakak-kakak dan makcik-makcik ni...macam2 ilmu dan petua yang kami dapat. Semuanya tidak lokek berkongsi ilmu dan memberi semangat kepada kami untuk meneruskan perniagaan walaupon secara kecil-kecilan. Dan mereka semua menyokong 100% penubuhan Kelab Usahawan PID Rasa yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.


Terima kasih Kak Norlida dan rakan-rakan, Puan Aisyah (Aisya Bakery), dan Puan Rogayah kerana banyak membantu. Terima kasih daun keladi :)


.

Sunday, June 8, 2008

SEPAGI BERSAMA PERKUMPULAN WANITA RASA

Tarikh : 8 June 2008
Masa: 8 pagi
Tempat: Dewan Taman Rasa Utama
Aktiviti: Mempromosi PID kepada golongan wanita


Banner Mesyuarat Agung




Pengerusi WI Cawangan Rasa - Puan Rogayah (salah sorang AJK PID Rasa)




Penaung WI Caw. Rasa - En. Adnan (AJK PID Rasa)




Itu sayer..:) (Kena bagi ucapan pulak dah...hehe)



Di awal majlis. Para ibu2 baru sampai...




Sedang bermesyuarat.




Makan, makan dan makan lagi..hihihi...






Kiosk kami serba sederhana....






Kami dapat banyak hadiah taww...


Assistant saya - Hazira




Sukanya saya dpt hadiah...hihii...




Bergambar beramai-ramai....


Terima kasih tak terhingga kepada Puan Rogayah, En. Adnan dan isteri serta seluruh warga kerja WI kerana menjemput PID Rasa pada hari tersebut. InsyaAllah, kalau ada lagi aktiviti seumpama ini, kami akan sertai...


.




More new bloggers


En. Md Isa. Blog beliau : ISA AGRO





Cikgu Ismail. Blog beliau : ANJAKAN MINDA




Mereka semua ni bakal menerajui SEC di PID Rasa ni. :)



.

Wednesday, May 14, 2008

KURSUS SINGKAT CUTI SEKOLAH

Tak lama lagi semester break 2 minggu kan. So, kami kat PID Rasa nk anjurkan kursus komputer jangka pendek kat pelajar2 sekitar Hulu Selangor yang selamani tak de masa nk hadiri kelas komputer sebab sibuk dengan aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan.

Details as below :
  • Kos : RM 20
  • Kekerapan : 3 kali seminggu selama 2 minggu (2 jam setiap sessi).
  • Had umur : 13 tahun - 17 tahun
  • Topik yang akan diajar : Microsoft Words, Excel dan Internet
  • Disket, salinan nota dan latihan akan diberikan
  • Keahlian PID Rasa selama setahun
  • Pendaftaran akan ditutup secara automatik apabila semua sessi telah penuh.
Bagi yang berminat, segeralah kunjungi PID Rasa untuk mendaftar.



.

DEDICATED TO KAK ANI KUNDANG

Assalamualaikum Kak Ani,

Saya minta maaf banyak-banyak sebab tak sempat nk entertain sms dan panggilan telefon dari Kak Ani. 2 minggu kebelakangan ni saya agak sibuk. Terpaksa menguruskan PID seorang diri sepanjang minggu lepas sebab assistant saya ada kursus di Melaka. Dan minggu ini pula saya baru pulang dari kampung. Menghantar adik yang mendaftar di Pusat Matrikulasi Pulau Pinang. Suasana di PID juga semakin sibuk, dengan pelajar-pelajar tingkatan 3 yang sibuk menyiapkan projek kajian tempatan mereka. Semuanya berduyun-duyun datang ke PID untuk menaip dan mencetak. Ada yang tak pandai guna komputer, terpaksalah kita ajarkan mereka. Kalau tak tolong, kesian pula kan...

So, berkenaan kursus membuat bracelet yang Kak Ani tanyakan dulu...saya belum berkesempatan bertanya dengan salah seorang pelajar saya yang kebetulan kenal dgn seorang pembuat bracelet. Kak Suriyani namanya. Minggu lepas, dia tak hadir ke kelas pula... InsyaAllah kalau beliau dtg hari Jumaat ni saya cuba tanyakan yer. Kalau bagi pihak diri saya sendiri..saya memang tak pandai dan tak membekalkan batu-batu kristal macam yang kak Ani nak kan tu. Saya hanya menjual bracelet dan bangle siap yang di import dari China pada harga yang sangat berpatutan (Wah, sempat lagi saya buat promosi ya! hehe..)

Saya akan update disini nanti jika ada sebarang maklumat berkenaan kursus membuat bracelet ok.... Sekali lagi, saya minta maaf banyak-banyak yer Kak....




.

GRADUAN dan masalah pengangguran

Dipetik dari laman web graduan.net

Graduan malas perbaiki diri

“MINTA maaf encik, bahasa Inggeris saya lemah. Boleh saya bercakap dalam bahasa Melayu. Kalau diberi peluang kerja di syarikat encik, saya janji akan perbaiki bahasa Inggeris saya.” Ini antara pengalaman yang dilalui penemuduga setiap kali temuduga dijalankan di kalangan graduan.

Jawapan ini diberikan apabila graduan terbabit diminta memperkenalkan diri mereka dalam bahasa Inggeris sebagai mukadimah sesi temuduga yang dijalankan.

Yang menghairankan, golongan ini adalah graduan yang dilahirkan kebanyakan universiti tempatan. Keadaan ini sekali gus mematikan minat pememuduga untuk meneruskan temuduga. Hasilnya, graduan seperti ini tidak diterima bekerja.

Bagi graduan yang boleh menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Melayu pula, penghalang mereka untuk memperolehi pekerjaan ialah gagal berkomunikasi dengan baik. Lebih menyedihkan, pengetahuan am juga cetek, termasuk tidak tahu nama menteri.

Sebagai graduan di zaman globalisasi ini, menguasai bahasa Inggeris dan komunikasi sangat penting. Berilah alasan apa sekalipun, jika dua perkara ini tidak diberi perhatian, mereka sukar melangkah lebih jauh.

Alasan graduan, mereka mahu belajar bahasa Inggeris selepas mendapat pekerjaan sukar diterima. Sebagai golongan dipandang tinggi masyarakat, mereka sepatutnya bersedia lebih awal sebelum masuk ke alam pekerjaan.

Jika tahu diri lemah dalam bahasa Inggeris, mereka sewajarnya menyiapkan diri dengan mengikuti kursus bahasa itu yang banyak ditawarkan di negara ini.

Masalahnya, mereka malas berusaha memperbaiki diri dan berpuas hati dengan pencapaian yang ada. Inilah kelemahan kebanyakan graduan sekarang. Mereka perlu menerima hakikat bahawa saingan semakin sengit dan bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan.

Pengalaman Tabib menemuduga graduan mendapati mereka lemah bahasa Inggeris, gagal berkomunikasi dengan baik dan kurang ilmu. Kadangkala lain ditanya, lain pula jawapan diberikan.

Yang jelas, pengetahuan mereka dalam sesuatu bidang cetek. Ini membuktikan mereka kurang membaca. Jika banyak membaca, mereka tentu boleh memberikan jawapan yang meyakinkan penemuduga.

Tidak hairan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Fong Chan Onn mengingatkan graduan supaya meningkatkan kemahiran diri, terutama dalam penguasaan bahasa Inggeris dan komunikasi, bagi memudahkan mereka diterima dalam pasaran kerja semasa.

Bagi beliau, selain kelemahan menguasai bahasa Inggeris, kebanyakan graduan tidak memahami keperluan majikan serta pekerjaan ditawarkan, menyebabkan mereka gagal mendapat kerja.

Kajian JobStreet.com pula mendapati lebih 3,300 pengurus sumber manusia pelbagai syarikat di negara ini mendapati kebanyakan graduan lemah dalam bahasa Inggeris.

Ketua Eksekutifnya, Mark Chang, berkata kira-kira 56 peratus pengurus sumber manusia memberikan alasan itu apabila ditanya sebab mereka tidak mengambil graduan bekerja di syarikat masing-masing.

Sementara 36 peratus berpendapat kebanyakan graduan terbabit tiada ketrampilan dan personaliti, manakala 32 peratus berpendapat graduan mengharapkan gaji yang tidak bersesuaian.

Kajian juga mendapati sebab lain mereka tidak mengambil graduan bekerja ialah kelulusan serta kemahiran tidak sesuai (30 peratus), graduan memilih kerja (23 peratus) dan tiada kerja bersesuaian untuk graduan (14 peratus).

-------------------------------------------------------------------------------------


Sikap pilih kerja punca 400,000 belia menganggur

KUALA LUMPUR 6 April - Sikap rakyat tempatan yang tidak mahu bekerja dalam persekitaran kotor merupakan antara sebab utama kira-kira 400,000 belia menganggur dan keko songan itu direbut oleh warga asing.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, sikap memilih be lia tempatan itu menyebabkan mereka sukar mencari pekerjaan dan mendorong pertambahan jumlah warga asing di ne gara ini.

''Gaji yang berpatutan dibayar kepada pekerja tempatan berbanding pekerja asing, namun mereka hanya bertahan sehingga dua atau tiga minggu dalam perkhidmatan seperti hospitaliti, pelancongan dan penyediaan serta penjualan makanan.

''Peluang pekerjaan yang terdapat dalam sektor ini tidak dihargai oleh belia tempatan dan mereka rela menjadi penganggur sehingga mendapat kerjaya yang diminati," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Dr. Subramaniam mendedahkan mengenai kira-kira 400,000 rakyat tempatan menganggur kerana tidak mahu bekerja dalam sektor yang menjadi tumpuan warga asing.

Tambahnya, latihan kemahiran yang dicadangkan oleh kementeriannya diharap dapat membantu mengubah fikiran dan sikap warga tempatan untuk terus berkhidmat dalam industri seperti ini.

''Tidak ada cara terbaik selain latihan kemahiran untuk mengubah fikiran para belia, sedangkan gaji yang dibayar dalam sektor tersebut adalah berpatutan.

''Gaji tidak menjadi masalah tetapi sikap rakyat tempatan yang tidak bersedia untuk bekerja keras seperti warga asing menyebabkan masalah pengangguran dan pertambahan warga asing di negara ini," tegasnya.

Katanya, jika rakyat tempatan tidak bersedia untuk berkhidmat dalam sektor berkenaan maka warga asing terpaksa dibawa ke negara ini bagi mengisi kekoso ngan itu.



.

Tuesday, May 13, 2008

Latest updates on PID Rasa

We are in the midst of forming Social Entrepreneur's Club (SEC) at PID Rasa. Macam-macam plan sedang dirangka untuk menjana pendapatan tambahan untuk PID dan manfaat kepada ahli2 SEC ni. So, me and my assistant tgh giat approach belia2 kat sini untuk join SEC nih. Payah jugak nk dapat ahli2 yang betul2 boleh komited dgn Kelab Sosial mcm nih. Soalan lazim yg agak sukar kami nk jawab : Apa kami dapat kalau kami join kelab ni kak?


Hurmmm... susahkan nk jawab. Kalau setakat bersosial, tapi kami tak dapat apa2 keuntungan, tak bestlah kak. Kalau mcm tu baik kami join NGO. Hehehe..nakal jugak jawapan budak2 nih. So, kami kena sediakan satu plan yg betul2 solid untuk menarik minat diorang. Takut jugak..last2 kami jugak yg penat badan nk handle semua2 nih. Dah lah sibuk mengajar pagi petang...hari komuniti... sibuk jugak melayan para pengguna yang saban hari datang bertanyakan macam-macam soalan tentang komputer dan internet....


Kalau para pembaca semua ada idea...jomlah kongsikan dengan kami.


---------------------------------------------------------


Ini pulak tentang aktiviti-aktiviti yang bakal kami adakan di PID untuk bulan Mei dan June.



Bulan MEI:
Kursus blog akan diadakan setiap hari Rabu pada pukul 9 - 11 pagi. Harga pakej hanya RM20. Peserta akan turut diajar tentang elemen-elemen yang biasanya dimasukkan di dalam sesebuah blog. Turut diajar, cara mengendalikan kamera digital serta cara upload gambar dan video ke dalam blog. Kursus ini akan diikuti dengan kelas tutorial selama 3 sessi.


Bulan JUNE:
1. Kursus blog akan diteruskan sekiranya terdapat permintaan.

2. Hari Terbuka bersama pertubuhan wanita (WI) pada 7 Jun 2008 (jam 2 ptg) bertempat di Dewan Taman Rasa Utama.

Serba sedikit mengenai program Hari terbuka WI:
Pertubuhan wanita (WI) bakal mengadakan mesyuarat agong mereka pada 7 jun ini - jam 2 ptg. Pada hari tersebut pelbagai acara lain akan turut diadakan khususnya pertandingan aspek wanita peringkat Kawasan Rasa. Antara pertandingan yang dianjurkan adalah gubahan kraf kreatif dan gubahan masakan hidangan pengantin. PID Rasa akan membuka kiosk kecil pada hari tersebut di mana kami akan mengedarkan fliers kepada para wanita dalam usaha menarik pengguna dari golongan suri rumah di sekitar Kawasan Tersebut.

3. Hari Terbuka bersama Pertubuhan Wanita (WI) peringkat daerah Hulu Selangor. Sama seperti di atas cuma kali ini peringkat daerah. Tempat berlangsung - Dewan Kuala Kubu Bharu. Pertandingan2 seperti di atas akan turut dianjurkan. Tarikhnya 14 Jun 2008

---------------------------------------------------------------------------

Dan...ini pulak signage terbaru PID Rasa yang baru kami terima minggu lepas. tgh nak cari tukang utuk pasangkan signange ni kat dinding PID.


Pagi tadi masih berbungkus...


Thats my assistant - Hazira, posing with the new signage.




This is the new look of our signage! What do you think? ok tak..?? Hehe...




Selingan semata-mata. This is Fakhrul. One of our regular user here. Apa yg special pasal dia sampai muker dia kuar kat sini? Hehehe...budak ni dah potong rambut sampai nampak kemas! Masa dia mula2 masuk tadi...kami almost tak kenal dia! Malu-malu dia bila saya nk tangkap gambar. Janganla kak...janganla kak... Hahaha. Anyway, satu penghijrahan yang sangat bagus! Sebelum ni rambut dia sangat serabai taww! And, he will be one of our SEC members!


.

ANTARA GAPI




Rumahnya cantik-cantik....



Yang ini RM 151,800. Teres 2 tingkat. Haritu masa saya tanya, tinggal 8 unit sahaja...



Yang ini semi-D setingkat. Luasnya.... Price start at RM 212,852. Tapi masa saya tanya haritu, yg ini dah habis. Tinggal yang harga RM218K jer lagi...





Rumah dah siap. Bila loan dah approved, hanya buat pindah milik dgn PKNS. InsyaAllah, hujung tahun ni dah boleh pindah masuk. Saya?? Hurrmmm.... tak mampu lagi lah... saja war-warkan kepada sapa2 yang berminat nk miliki hartanah di daerah Hulu Selangor ni.


Projek perumahan di ANTARA GAPI ni dimajukan oleh PKNS. Lokasi nya di Serendah dalam daerah Hulu Selangor. Harga rumah sangat reasonable. Rumah pon cantik-cantik. Nanti bila laluan highway (sedang dalam pembinaan) siap, senanglah nk ke KL. Yang menariknya?? Hurmm...dekat dgn Genting Highland. Biras saya duduk di sana dan bekerja di Maybank Genting. Ada kemudahan komuter. Dan banyak lagi kemudahan-kemudahan lain sedang dalam pembinaan.



Thursday, May 8, 2008

Produk kesihatan - Buah tangan Dr Ayshah

Harini, sorang student saya bawak produk-produk kesihatan dan kosmetik yang ingin dikongsi bersama dengan para pembaca semua. Hasil dari penggunaan produk skin care keluaran Dr Ayshah ni... perubahan positif pada kulit beliau mula dirasai.

Inilah dia student saya tu... bersemangat kental. Seorang Isteri, usahawan (ada bisnes sendiri tau), Ibu (ada 6 anak) dan sedang menjalani rawatan susulan setelah menjalani pembedahan membuang tiroid di leher. Kecil orangnya, tapi semangat kental.


Kak Halina namanya. Yang kat sebelah tu, anak lelaki beliau - Nashrul yang turut mengikut kelas komputer di PID Rasa.



Dan inilah produk keluaran Dr Ayshah. Mana tahu ada yang berminat...





Makanan kesihatan




Kosmetik




PRODUK KOSMETIK TERDIRI DARIPADA:

1. Cleansing Milk (Face double cleanser) - RM 69.90
2. AHA Gel Cleansing Gel with Scrub - RM 69.90
3. Anti-acne Cleanser - RM 69.90
4. Collagen Toner - RM 59.90
5. Blackhead toner - RM 49.90
6. UV Day Cream - RM 29.90
7. Night Cream - RM 29.90
8. Azulen Serum (Acne/Pimples Treatment) - RM 39.90
9. Whitening Moisturing Serum - RM 39.90

PRODUK MAKANAN KESIHATAN PULA SEPERTI BERIKUT:

1. An-Nisya' (Pati Kurma Wanita) - RM 49.90
2. Al-Aswag (Pati Kurma Lelaki) - RM 49.90
3. Mind Power Jelly (Pati Kismis Minda) - RM 49.90

Gambar-gambar produk tak banyak yg ada buat masa ni. Tapi, kalau ada sesiapa yang berminat nk beli atau nak tahu dengan lebih lanjut tentang produk-produk ni, bolehlah hubungi Kak Halina di nombor 019 - 602 8967.

Dr. Ayshah boleh dihubungi di:
KLINIK KOMPLIMENTARI SAM SHIFA' atau
PUSAT KECANTIKAN DAN RAWATAN ALTERNATIF SAM SHIFA'
Tel : 05-458 5869/ 05-458 5357/ 019-775 4487
Fax : 05-458 5869
Email : stiiaish@yahoo.com
Website : www.samshifa.com.my






Tuesday, May 6, 2008

New bloggers


Selamat Datang Ke Bengkel Blog PID Rasa

Harini sayer buat Bengkel blog yg kedua. Ada 2 org dewasa, 2 remaja. Penatlah jugak nk explain kat diorang...

Ni link blog diorang :
1. Nia
2. Syira
3. Kak Youszaidah
4. En. Aziz

Dan inilah gambar2 sekitar bengkel blog harini...




TESTING ENTRY


Kerongsang. Nak ajar my students camana nk upload gambo masuk dlm blog.



Code : BCB 01
Harga : RMXXXX