Showing posts with label KUSPID. Show all posts
Showing posts with label KUSPID. Show all posts

Wednesday, November 19, 2008

KURSUS PENTERNAKAN CACING KOMPOS


KURSUS PENTERNAKAN CACING KOMPOS


TARIKH : 24 NOV 2008

MASA : 4.15 PTG

TEMPAT : PUSAT INTERNET DESA RASA


DIANJURKAN OLEH KELAB USAHAWAN SOSIAL PID RASA.




  • Kursus akan disampaikan oleh En Mat Isa Bin Marzuki.
  • Kursus adalah PERCUMA, terbuka kepada sesiapa yang BENAR-BENAR berminat untuk memulakan projek penternakan cacing secara kecil-kecilan.
  • Projek ini akan diselenggarakan oleh Kelab Usahawan PID Rasa dan En Mat Isa akan menjadi mentor dalam memastikan projek ini berjalan lancar.
  • Peserta boleh berbincang terus tentang harga dan kos permulaan projek dengan En Mat Isa yang akan menjadi pembekal dan peraih.
  • Para peserta yang mengambil bahagian dalam projek ini akan menjadi ahli Kelab Usahawan Sosial PID Rasa secara otomatik – oleh itu anda berpeluang menggunakan kemudahan yang tersedia di PID RASA pada kos yang minimum.
  • Setiap hari Rabu, anda berpeluang menggunakan kemudahan komputer dan internet TANPA HAD dan PERCUMA.
  • Anda bebas untuk mengadakan perbincangan bersama penternek-penternak lain dan menggunakan PID sebagai lokasi mesyuarat pada setiap hari Rabu.


OBJEKTIF PROJEK :

· Menggalakkan aktiviti keusahawanan sebagai satu cabang sumber pendapatan sampingan.

· menggalakkan generasi muda untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian dan penternakan.

· Menggalakkan komunikasi dan perbincangan dalam komuniti ke arah perkongsian ilmu dan informasi.

SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENGHUBUNGI PID RASA

DI TALIAN 03 – 60574104 ATAU DATANG TERUS KE PID RASA UNTUK MENDAFTAR.


.

Tuesday, November 18, 2008

MAJLIS PERASMIAN KUSPID RASA

Gambar beramai-ramai sementara menunggu ketibaan YB

***************

Pada 15 November 2008 yang lepas, kami amat berbesar hati di atas kesudian YB ADUN Kawasan Kuala Kubu Bharu iaitu En Wong Koon Mun di atas kesudian beliau merasmikan KELAB USAHAWAN SOSIAL PID RASA dan PROGRAM TAJAAN PELAJAR SESSI 2008.

Majlis ini pada asalnya telah dirancang pada 23 November 2008 (Hari terakhir program minggu keusahawanan) tetapi terpaksa di awalkan kerana jadual aktiviti YB yang agak sibuk. Walaubagaimanapun, kami amat berbangga dan berterima kasih kerana YB tetap berusaha untuk merealisasikan majlis perasmian ini dan beliau sendiri yang mencadangkan tarikh tersebut, sekaligus menjadi program kick-off GEW kami.

Dalam ucapan beliau, YB amat mengalu-alukan kewujudan KUSPID RASA dalam merebut peluang perniagaan yang terbuka luas disamping menggalakkan penduduk setempat agar menggunakan kemudahan internet yang telah disediakan oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya.

Secara peribadi, YB sendiri terlibat dengan pelbagai urusan perniagaan yang banyak dilakukan secara online disamping menguruskan laman blog beliau sendiri iaitu http://wongkoonmun.blogspot.com/.

Dalam ucapan beliau, para penduduk setempat juga digalakkan untuk membina blog sendiri mengikut keperluan dan minat masing-masing supaya ilmu ICT dan komputer dapat diperkembangkan seterusnya dikongsi dengan masyarakat tempatan yang lain. Beliau turut menekankan tentang 'local content' yang amat bernilai untuk dikongsi dengan dunia luar. Pembangunan laman web dan blog dengan 'local content' secara tidak langsung dapat mengangkat nama sesebuah daerah atau kawasan luar bandar.

Beliau turut membidas 'mind set' kebanyakan kita yang menjadikan sesebuah projek atau bangunan pejabat sebagai sebuah simbolik semata-mata tanpa memberi kemanfaatan kepada rakyat. Beliau berharap kewujudan KUSPID dan PID itu sendiri bukan diwujudkan semata-mata kerana mengikut trend antarabangsa tetapi sebaliknya program-program ini benar-benar memberi faedah kepada rakyat dan melaksanakan program yang benar-benar relevan dengan keperluan rakyat.

Berikut adalah di antara gambar-gambar yang dirakam sepanjang program perasmian tersebut.


Pengerusi PID Rasa - En Adnan sedang menyampaikan ucapan.


YB Tuan Wong Koon Mun, sedang mencatat sesuatu sambil mendengar ucapan pengerusi PID.


Wakil-wakil penduduk setempat pelbagai kaum turut hadir memeriahkan majlis.


Para tetamu yang memeriahkan majlis.

YB Tuan Wong Koon Mun sedang menyampaikan ucaptama serta merasmikan majlis.


Ms Mary Wong Wai - menerima cenderamata dari PID mewakili warga emas.


En Ridzuan selaku Penasihat I menerima cenderamata.


En Tahir selaku AJK Sekretariat Pendidikan menerima cenderahati.


YB sedang meramah mesra dengan penduduk sambil menikmati jamuan.

Para AJK merakam gambar kenangan bersama YB. Besarnya penyelia...separuh jer masuk badannya! Hahaha...


Akan datang, entry dan gambar-gambar YB di dalam PID sambil melayari blog beliau.

.