Monday, April 26, 2010

LAWATAN DARI KANAK-KANAK TADIKA PERPADUAN DAERAH HULU SELANGOR

Tarikh : 21 April 2010
Tempat : PID Rasa dan Pejabat Pos Rasa

Pada Hari Rabu lalu, seramai lebih kurang 200 pelajar Tadika Perpaduan dari seluruh daerah Hulu Selangor telah mengadakan sessi lawatan sambil belajar ke Pej Pos dan PID Rasa. Kami amat mengalu-alukan kedatangan para pelajar ini bersama guru-guru dan sebahagian ibu-bapa mereka. Melalui lawatan sebegini, pelajar dapat didedahkan tentang kemudahan-kemudahan awam dan ICT yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti setempat terutamanya untuk kegunaan generasi muda.




.

Thursday, April 22, 2010

LAWATAN DARI AUDIT DALAMAN KPKK

Tarikh : 21 April 2010
Tempat : PID Rasa


Seramai 4 orang wakil dari Bahagian Audit Dalaman KPKK telah datang menjalankan audit 16 Perkara ke PID Rasa baru-baru ini. Melalui audit ini, adalah diharapkan pengurusan di PID Rasa dapat dipertingkatkan dan membantu Pengurus memahami tentang budaya kerja yang sepatutnya diamalkan di PID.



Bergambar kenangan bersama auditor berlatar belakangkan suasana PID yang 'kepanasan' :-)