Wednesday, May 14, 2008

GRADUAN dan masalah pengangguran

Dipetik dari laman web graduan.net

Graduan malas perbaiki diri

“MINTA maaf encik, bahasa Inggeris saya lemah. Boleh saya bercakap dalam bahasa Melayu. Kalau diberi peluang kerja di syarikat encik, saya janji akan perbaiki bahasa Inggeris saya.” Ini antara pengalaman yang dilalui penemuduga setiap kali temuduga dijalankan di kalangan graduan.

Jawapan ini diberikan apabila graduan terbabit diminta memperkenalkan diri mereka dalam bahasa Inggeris sebagai mukadimah sesi temuduga yang dijalankan.

Yang menghairankan, golongan ini adalah graduan yang dilahirkan kebanyakan universiti tempatan. Keadaan ini sekali gus mematikan minat pememuduga untuk meneruskan temuduga. Hasilnya, graduan seperti ini tidak diterima bekerja.

Bagi graduan yang boleh menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Melayu pula, penghalang mereka untuk memperolehi pekerjaan ialah gagal berkomunikasi dengan baik. Lebih menyedihkan, pengetahuan am juga cetek, termasuk tidak tahu nama menteri.

Sebagai graduan di zaman globalisasi ini, menguasai bahasa Inggeris dan komunikasi sangat penting. Berilah alasan apa sekalipun, jika dua perkara ini tidak diberi perhatian, mereka sukar melangkah lebih jauh.

Alasan graduan, mereka mahu belajar bahasa Inggeris selepas mendapat pekerjaan sukar diterima. Sebagai golongan dipandang tinggi masyarakat, mereka sepatutnya bersedia lebih awal sebelum masuk ke alam pekerjaan.

Jika tahu diri lemah dalam bahasa Inggeris, mereka sewajarnya menyiapkan diri dengan mengikuti kursus bahasa itu yang banyak ditawarkan di negara ini.

Masalahnya, mereka malas berusaha memperbaiki diri dan berpuas hati dengan pencapaian yang ada. Inilah kelemahan kebanyakan graduan sekarang. Mereka perlu menerima hakikat bahawa saingan semakin sengit dan bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan.

Pengalaman Tabib menemuduga graduan mendapati mereka lemah bahasa Inggeris, gagal berkomunikasi dengan baik dan kurang ilmu. Kadangkala lain ditanya, lain pula jawapan diberikan.

Yang jelas, pengetahuan mereka dalam sesuatu bidang cetek. Ini membuktikan mereka kurang membaca. Jika banyak membaca, mereka tentu boleh memberikan jawapan yang meyakinkan penemuduga.

Tidak hairan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Fong Chan Onn mengingatkan graduan supaya meningkatkan kemahiran diri, terutama dalam penguasaan bahasa Inggeris dan komunikasi, bagi memudahkan mereka diterima dalam pasaran kerja semasa.

Bagi beliau, selain kelemahan menguasai bahasa Inggeris, kebanyakan graduan tidak memahami keperluan majikan serta pekerjaan ditawarkan, menyebabkan mereka gagal mendapat kerja.

Kajian JobStreet.com pula mendapati lebih 3,300 pengurus sumber manusia pelbagai syarikat di negara ini mendapati kebanyakan graduan lemah dalam bahasa Inggeris.

Ketua Eksekutifnya, Mark Chang, berkata kira-kira 56 peratus pengurus sumber manusia memberikan alasan itu apabila ditanya sebab mereka tidak mengambil graduan bekerja di syarikat masing-masing.

Sementara 36 peratus berpendapat kebanyakan graduan terbabit tiada ketrampilan dan personaliti, manakala 32 peratus berpendapat graduan mengharapkan gaji yang tidak bersesuaian.

Kajian juga mendapati sebab lain mereka tidak mengambil graduan bekerja ialah kelulusan serta kemahiran tidak sesuai (30 peratus), graduan memilih kerja (23 peratus) dan tiada kerja bersesuaian untuk graduan (14 peratus).

-------------------------------------------------------------------------------------


Sikap pilih kerja punca 400,000 belia menganggur

KUALA LUMPUR 6 April - Sikap rakyat tempatan yang tidak mahu bekerja dalam persekitaran kotor merupakan antara sebab utama kira-kira 400,000 belia menganggur dan keko songan itu direbut oleh warga asing.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, sikap memilih be lia tempatan itu menyebabkan mereka sukar mencari pekerjaan dan mendorong pertambahan jumlah warga asing di ne gara ini.

''Gaji yang berpatutan dibayar kepada pekerja tempatan berbanding pekerja asing, namun mereka hanya bertahan sehingga dua atau tiga minggu dalam perkhidmatan seperti hospitaliti, pelancongan dan penyediaan serta penjualan makanan.

''Peluang pekerjaan yang terdapat dalam sektor ini tidak dihargai oleh belia tempatan dan mereka rela menjadi penganggur sehingga mendapat kerjaya yang diminati," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Dr. Subramaniam mendedahkan mengenai kira-kira 400,000 rakyat tempatan menganggur kerana tidak mahu bekerja dalam sektor yang menjadi tumpuan warga asing.

Tambahnya, latihan kemahiran yang dicadangkan oleh kementeriannya diharap dapat membantu mengubah fikiran dan sikap warga tempatan untuk terus berkhidmat dalam industri seperti ini.

''Tidak ada cara terbaik selain latihan kemahiran untuk mengubah fikiran para belia, sedangkan gaji yang dibayar dalam sektor tersebut adalah berpatutan.

''Gaji tidak menjadi masalah tetapi sikap rakyat tempatan yang tidak bersedia untuk bekerja keras seperti warga asing menyebabkan masalah pengangguran dan pertambahan warga asing di negara ini," tegasnya.

Katanya, jika rakyat tempatan tidak bersedia untuk berkhidmat dalam sektor berkenaan maka warga asing terpaksa dibawa ke negara ini bagi mengisi kekoso ngan itu.



.

1 comments:

mahirEnglish said...

Ya..betul..para pengganggur memang memilih..apa tidak nye..sebenarnye bukan memilih kerana gaji atau kerja tapi situasi dan persekitaran tempat kerja yang memaksa mereka memilih untuk terus mengganggur... Contoh nye Kelemahan Para pengganggur atau graduan lepasan U untuk menguasai Bahasa Inggeris. Mereka takut dengan kelemahan mereka ini..amat dasyat sekali..
Tapi masih belum terlambat untuk Anda-anda semua berubah dan menjadi orang yang berwibawa..layari mahirbahasainggeris.com ..Anda akan dapat jawapan nye..