Sunday, April 20, 2008

CONTACT DETAILS PUAN ZAINON

Tak sempat nk cerita lanjut pasal Iron Lady nih. Besok saya ada Kursus Keusahawanan di Melaka sampai Jumaat. So, buat masani, biar saya update pasal alamat Puan Zainon. Mana tahu ada yg berminat nk hadiri kursus yang beliau anjurkan atau mungkin ingin datang sendiri melawat ladang cendawan beliau.

GENTING PERMAI RESOURCES
Puan Zainon Bt Ariffin (Pengarah)

Alamat Ladang :
Lot 787 Kampung Sekolah
44300 Batangkali
Selangor DE

Alamat Pejabat:
Lot 1404 Genting Permai
44300 Batang Kali
Selangor DE

Tel : 013 - 341 8202 (H/P), 03 - 6057 2121 (Pejabat)


Sedikit Info tentang kursus :
Kursus Lengkap secara amali di ladang beliau
(1 hari termasuk makan dan minum) = RM 160

Akan datang, beliau akan menganjurkan kursus jangka sederhana (2 minggu) yang meliputi pembelajaran teori dan amali tentang penanaman cendawan (dari proses mengadun komposisi habuk kayu, menyuntik benih, mengawal selia ladang dan menuai hasil). Kemudiannya, peserta akan turut didedahkan tentang aspek2 kajian makmal dalam meningkatkan hasil keluaran serta latihan pemasaran dimana peserta di kehendaki merangka strategi jualan dan pemasaran mereka sendiri. Buat masa ini, Puan Zainon akan bekerjasama dengan universiti2 tempatan bagi menganjurkan projek yang pertama kali diadakan ini kepada pelajar2 tempatan.

Harga pakej kursus ini belum ditentukan, tetapi beliau berjanji untuk mengenakan bayaran yang paling berpatutan memandangkan pelajar yang bakal mengikuti kursus ini kebanyakannya belum mempunyaipendapatan sendiri.

Kalau ada maklumat terbaru, saya akan war-war kan di sini nanti....

0 comments: