Yieeehaaaa...*sambil lompat keluar*
Berita gumbira untuk andaaa!! *Kalau tak gumbira pun buat2 je la gumbira ye..
macam la tak biasa kannn :D*
TTM korang ni dah sampai seru nak buat LUCKY DRAW kat Dapur Malus Domestica hari ini.
Semua yang layak memenuhi syarat2 di jemput untuk menyertai LUCKY DRAW ini.
*haku ni kalau bab bagi ayat formal memang lemah*
TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!
INI HADIAHNYERR..
TENG TENG TENG!
16 Pc Dinner SetClick on above image to view full picture
Product Information4 Dinner Plates, 4 Bread & Butter Plates, 4 Soup / Cereal Bowls, 4 Stoneware Mugs
Item Code1065856
Weight4,275g
CategoryDinnerware
PatternGeometric
Product DescriptionCorelle Dinnerware range is break, chip, scratch and stain resistant.Its made from a unique material called Vitrellewhich compresses two layers of different glass compositions, so it's incredibly tough.It's microwave, Dishwasher and oven safe.
Syarat-syarat penyertaan:
1. Anda adalah seorang blogger.
(InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)
2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.
(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)
3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST di blog anda.
Caranya, copy je la entry ni.(1 blog cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)
4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini.
(Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)
5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010).
Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.
6. Pemenang akan dipilih DI SINI.
TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI
TUAH ANDA SIAPA YANG TAHU
*tak koser feeling2 cam abg karam hahaha*
Sunday, September 26, 2010
MASUK CEPATTT... TTM BUAT LUCKY DRAW!
Thursday, August 5, 2010
KUNJUNGAN DR NOR AZIAH DARI UITM
TARIKH : 3 OGOS 2010
LOKASI : PID RASA
TETAMU : DR NOR AZIAH DARI UITM SHAH ALAM
Kunjungan Dr Aziah adalah untuk menjalankan survey tentang operasi dan aktiviti PID.
Terima kasih di atas kunjungan Dr dan buah tangan yang diberikan.
Lupa nak tangkap gambar sebab bateri camera tak ada [lupa nak caj].
Wednesday, May 26, 2010
KARNIVAL KEUSAHAWANAN DAN ICT 2010
Karnival Keusahawanan yang merupakan aktiviti tahunan PID sejak 3 tahun lepas, kini muncul lagi. Dan kali ini lebih meriah dengan pelbagai aktiviti yang bakal menjana keuntungan untuk para usahawan serta. Secara tidak langsung, program ini dapat membantu memantapkan pengetahuan ICT para usahawan dan komuniti setempat.
Para usahawan yang berminat mempromosikan barang jualan mereka di website PID adalah dipelawa untuk berbuat demikian dan pelbagai insentif menarik disediakan kepada peniaga yang membuat jualan tertinggi sepanjang tempoh sebulan karnival ini berlangsung.
Bagi yang berminat, sila layari website PID di sini.
Baca dengan teliti terma dan syarat yang tertera di laman utama.
Anda perlu mendaftarkan username anda terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi yang terdapat di website ini sekaligus membolehkan anda menjalankan urusniaga di segmen e-kedai.
Untuk kod PID, jika anda berurusan dengan SAYA, pastikan anda memilih kod PID Rasa.
------- bersambung selepas ini
Monday, April 26, 2010
LAWATAN DARI KANAK-KANAK TADIKA PERPADUAN DAERAH HULU SELANGOR
Tarikh : 21 April 2010
Tempat : PID Rasa dan Pejabat Pos Rasa
Pada Hari Rabu lalu, seramai lebih kurang 200 pelajar Tadika Perpaduan dari seluruh daerah Hulu Selangor telah mengadakan sessi lawatan sambil belajar ke Pej Pos dan PID Rasa. Kami amat mengalu-alukan kedatangan para pelajar ini bersama guru-guru dan sebahagian ibu-bapa mereka. Melalui lawatan sebegini, pelajar dapat didedahkan tentang kemudahan-kemudahan awam dan ICT yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti setempat terutamanya untuk kegunaan generasi muda.
.
Thursday, April 22, 2010
LAWATAN DARI AUDIT DALAMAN KPKK
Tarikh : 21 April 2010
Tempat : PID Rasa
Seramai 4 orang wakil dari Bahagian Audit Dalaman KPKK telah datang menjalankan audit 16 Perkara ke PID Rasa baru-baru ini. Melalui audit ini, adalah diharapkan pengurusan di PID Rasa dapat dipertingkatkan dan membantu Pengurus memahami tentang budaya kerja yang sepatutnya diamalkan di PID.
Bergambar kenangan bersama auditor berlatar belakangkan suasana PID yang 'kepanasan' :-)
Wednesday, July 8, 2009
TRAINING E-SERVICES
Diharapkan, ilmu ini dapat diperkembangkan lagi dan memberi manfaat yang optimum kepada komuniti.
Wednesday, November 19, 2008
KURSUS PENTERNAKAN CACING KOMPOS
KURSUS PENTERNAKAN CACING KOMPOS
TARIKH : 24 NOV 2008
MASA : 4.15 PTG
TEMPAT : PUSAT INTERNET DESA RASA
DIANJURKAN OLEH KELAB USAHAWAN SOSIAL PID RASA.
- Kursus akan disampaikan oleh En Mat Isa Bin Marzuki.
- Kursus adalah PERCUMA, terbuka kepada sesiapa yang BENAR-BENAR berminat untuk memulakan projek penternakan cacing secara kecil-kecilan.
- Projek ini akan diselenggarakan oleh Kelab Usahawan PID Rasa dan En Mat Isa akan menjadi mentor dalam memastikan projek ini berjalan lancar.
- Peserta boleh berbincang terus tentang harga dan kos permulaan projek dengan En Mat Isa yang akan menjadi pembekal dan peraih.
- Para peserta yang mengambil bahagian dalam projek ini akan menjadi ahli Kelab Usahawan Sosial PID Rasa secara otomatik – oleh itu anda berpeluang menggunakan kemudahan yang tersedia di PID RASA pada kos yang minimum.
- Setiap hari Rabu, anda berpeluang menggunakan kemudahan komputer dan internet TANPA HAD dan PERCUMA.
- Anda bebas untuk mengadakan perbincangan bersama penternek-penternak lain dan menggunakan PID sebagai lokasi mesyuarat pada setiap hari Rabu.
OBJEKTIF PROJEK :
· Menggalakkan aktiviti keusahawanan sebagai satu cabang sumber pendapatan sampingan.
· menggalakkan generasi muda untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian dan penternakan.
· Menggalakkan komunikasi dan perbincangan dalam komuniti ke arah perkongsian ilmu dan informasi.
SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENGHUBUNGI PID RASA
DI TALIAN 03 – 60574104 ATAU DATANG TERUS KE PID RASA UNTUK MENDAFTAR.
.
GEW - HARI PERTAMA
Tak banyak aktiviti yang dapt kami lakukan memandangkan hujan yang turun dari pagi hingga ke petang. Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam pada hari pertama GEW.
Para pelajar yang mengambil bahagian dalam kursus asas membangun laman blog.
Saya lah tu...sedang mengajar bagaimana nk upload gambar ke internet.
Melihat-lihat pameran keusahawanan.
Bergambar ramai-ramai.
.